Wednesday, December 14, 2011

kehidupan

kehidupan.
mereka.
aku
kau
dia
gila
sayang
kawan
kerja
duit
emak
abah
abang
akak
anak buah
serabut
kongkongan
kekangan
keadaan
kerjaan
kenderaan
pekerjaan
macam macam


p/s: korang x payah pk. nie bukan tatabahasa untuk sambungkan perkataan jadi ayat..

Monday, December 12, 2011

gatal gedix

oke. saje nak bgtau. atau saje nak gedix. atau mmg aku gatal hari nie.


  MY ULTRAMAN..much n much


happy anniversary awk .. ke... 4 tahun. 3 bulan. 2 minggu.


❤..caffien & choco..

Tuesday, December 6, 2011

Astghfirullah

Assalammualaikum..

Astaghfirullah..
saya begitu teruji dan terpukul dengan apa yang terjadi semenjak dua menjak ini.
kehidupan yang begitu rumit.
dunia yang begitu pancaroba.

hidup umpama kalkulator. kadang dibahagi.kadang ditolak.kadang di tambah.tetapi masih mengeluarkan nombor.sampai masa.abis betery.matilah ia..
mereka menolak kita dari hidup.mereka menambah masalah dalam hidup.mereka membahagikan kasih.mereka mendarapkan diri antara kawan dan kehidupan.

saya cuba dan cuba menerima semua yang terjadi.tapi kuatkah saya.kehidupan ini sangat mencabar. janganlah diadu domba pada mereka. dan mereka yang kurang didikan dan pengetahuan terikut dan teruji serta membuat sesuatu yang kita tidak ketahui. dan mereka dihukum dengan kesilapan yang mereka lakukan tanpa mereka tau akibatnya. dan mereka yang menghasut terselamat. dan tersenyum kepuasan! yes!akhirnya sipolan tau aku marahkan die.terima kasih wahai mangsa!!~

saya simpati pada mereka. tetapi saya juga marah pada mereka.
mengapa dibuat begitu kalau awak tau awak ada kawan?
mengapa difikir begitu sedangkan awak masih baru dalam dunia kehidupan.?
mengapa jadi begitu sedangkan awak ada garisan keisalaman?

MasyaAllah.. semoga fitnah, kutukan, makian dan segala yang terjadi dijadikan panduan.
semoga kawan2 semua bertaubat. menemui jalan yang benar. hidup ini sementara. wahai kawan.
Tolonglah! berubah lah demi kehidupan kamu semua. Hidup memerlukan wang. tetapi jangan lah jadikan wang itu sebagai punca atau sebab kita untuk gagal.
Jadikanlah Islam sebagai pegangan dan Iman kita sebagai landasan.

Kepada si penghasut.
Tidak bersalahkah kamu kerana menghasut. Mana datangnya kewarasan serta sikap perikemanusiaan apabila hasutan kamu semua membuatkan kawan2 yang lain jadi mangsa.
Ya Allah.. berubahlah kamu. ikhlaslah dalam membuat sebarang kerja. Kesian pada mereka.

Kepada diri.
Maafkanlah diri saya kerana saya tidak mampu membuat apa2. Ini adalah pengajaran.setiap yang berlaku ada hikmah. saya terpaksa membuat ini semua untuk perbetulkan keadaan. saya bersalah.tetapi niat saya untuk membantu kalian.

Maafkan saya...

-Faeeza-

Monday, December 5, 2011

How To Reach Ikhlas??


1.   Istiqamah mengamalkan amal sunnah atau sunat walaupun sedikit.
2.  Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain.
3.  Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu, lebih-lebih lagi jika seorang Ulamak.
4.  Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa.
5.  Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu.
6.  Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat.
7.  Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW.
8.  Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai.
9.  Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.


Semoga apa yang berlaku ada hikmah..InsyaAllah marilah kita beramai2 berubah.. ameen..

Keinsafan

Assalammualaikum.

MasyaAllah.Maha suci Allah.
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam..
Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam.
dan semoga apa yang terjadi hari ini akan lebih memberikan keinsafan dalam diri kita.
hidup ini hanyalah sementara. pinjaman dari Allah untuk kita semua.
saya dengan rasa rendah diri memohan ampun dan maaf dengan segala apa yang berlaku.
semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. dan semoga kita bekerja dengan hati yang tulus mulus suci dan ikhlas,
sesungguhnya kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

saya sebagai seorang kawan. tidak dapat berbuat atau membantu anda semua
saya juga sebagai seorang kawan terkilan dengan segala tanggapan negatif yang korang tunjukkan.
saya sebagai anak kepada abah saya bersyukur kerana saya dilahirkan dengan begini.
tetapi saya sebagai rakan dan anak kepada abah saya tiada perasaan yang boleh ditunjukkan.
saya gembira, sedih, marah, terkilan dan sebak dengan segalanya.
saya harapkan adalah keinsafan yang timbul dalam diri setiap kita sebagai manusia dan umat nabi Muhammad.


saya berharap pada kalian-kalian semua semoga bertaubat dan carilah rezeki yang halal serta ikhlas lah dalam membuat sesuatu pekerjaan.
keikhlasan itu penting dalam diri.bukan sahaja untuk cari rezeki, cari ilmu serta cari jodoh.
hidup ini umpama lautan.keikhlasan itu umpama pendayung. hilang keikhlasan, sesatlah kapal, karamlah kapal dan kita akan lemas dalam lautan dunia.

SubhanaAllah. aku bersyukur dengan kehakdakmu ya Allah.semoga mereka semua mendapat iktibar.
pada rakan2 yang lain. saya mohon sejuta kemaafan. maafkan segala salah dan silap saya. dan saya maafkan segala salah silap kalian.semoga kalian bertaubat dan menemui cahaya yang baru.
ameen

salam ukhwah,
faeeza

Saturday, November 12, 2011

kadang2



kadang2 rasa sangat tersentuh bila tengok sepupu2 dipeluk oleh Abah masing2.
kadang2 rasa sangat sedih bila tengok satu family keluar makan beramai2.
kadang2 rasa tiada perasaan bila tengok orang lain kenalkan pada family pasangan masing2. bahagia bila semuanya selamat.
kadang2 rasa jeles bila orang lain ada hak untuk menentukan cara hidup masing2.
kadang2 rasa nak jerit bila kenangkan apa yang dilalui.



Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sanggup atau tak. Allah sahaja yang tau..


semoga aku redha dengan apa yang berlaku


Marilah kita jalani hidup tanpa perasaan. 
Perasaan yang wujud dalam diri tak penting untuk mereka yang tak faham.


nota jari kaki: pada Mak.Kawan2.Ultraman. Mintak maaf. saya dah cuba yang terbaik. tapi saya tak kuat.






Sunday, October 16, 2011

i miss u




yes. i miss u so much.
i want to hug u. 
and i need u right now..
lovee u my dear fren!!~


p/s: itulah awan nano nano nano nanooo... nanoooo...;)
p/s: who r u missing rite now??

Friday, October 14, 2011

kemalangan lagi.


suke sgt dgn lagu nie. dgr sampai berjuta2 kali pon x jemu.

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu


Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu




p/s: i love u so much mr ultraman.

Thursday, October 6, 2011

teka teki hari khamis

sedang aku dok makan dgn akak dan yang lain2.. danial selaku anak buah pertama aku datang.
die bg teka teki

danial: maksu, banyak2 bende. bende apa yang susah nak dapat. tapi bila dah dapat kita buang,

maksu yang comel: ntah, duet kowt. (aku nie memang mata hidung dan mulot duitan.)

danial : salah!!! jawapan dia TAIK HIDUNG!!!~ nak dapat kan kita kene gali.bila dah dapat kita buang, HAHAHAHAHHA

maksu yang comel: #$%^#@!@$^&$@#%

Tuesday, September 13, 2011

sape nak kawen??

TIMAH: Bagaimana mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup?” rakannya, memulakan perbincangan pada petang yang amat panas itu. 

BEDAH: Ha! Aku teringat nasib kakak aku. Sebelum kahwin teman lelakinya menjanjikan macam-macam. Dua tiga tahun lepas kahwin dah tak nampak batang hidung. Aku tak mahu kahwin, lelaki sekarang tak boleh pakai.

LIZA:  Ehh! Ada juga jenis yang balik ke rumah, tetapi hanya tonton TV, baca surat khabar dan merungut itu ini. Kalau lelaki macam itu jadi suami, memang lagi bagus tak balik rumah langsung!

TIMAH: Issy! Takkan tak ada lelaki yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang untuk kita jadikan teman hidup, untuk kita jadikan suami

LIZA: Mesti ada. Tapi jumlahnya sedikit dan sukar untuk ditemui. Kalau sekadar 'lelaki' atau jantan nie memang ada di sana sini. Namun lelaki yang memiliki ciri-ciri suami umpama yang kau cakap tu, susah nak cari.

BEDAH: Lagipun sambil kita mencari dan memilih, bagaimana kita hendak tahu selepas kahwin nanti dia akan OK, atau merudum kualitinya sebagai suami sekaligus lelaki? 


__________________________________________________________________________________
Soalan nie memang sentiasa bermain2 di fikiran mereka yang bergelar perempuan . gurl. wanita dan seangkatan dengannya kan? aku pon kadang2 terpk gak..kalau aku kawen nanti..mcm mana dengan bakal suami aku si ultraman la...hehe.. kita selalu berdoa untuk kebahagiaan bila dah kawen nanti.. tapi.. nisbah kebahagiaan rumahtangga skrg nie lebih condong kepada tidak bahagia dan penceraian menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ia satu rancangan yang sukar untuk dicapai.


Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi. 
[Shahih al-Bukhari: 5090]

Walaupon hadis di atas ditujukan kepada lelaki tentang bagaimana hendak memilih calon isteri, alu rasa die juga boleh dijadikan guideline atau panduan oleh wanita mcm kita nie ttg bagaimana hendak memilih calon suami. Justeru berdasarkan hadis di atas, ciri yang perlu diberi prioriti ialah kadar dan nilai AGAMA calon suami. tapi.. macam mana nak ukur agama seseorang?? pada pendapat dan pembacaan aku la..aku nak buat sedikit sinopsis..

Agama calon suami tidak cukup sekadar Islam, tetapi hendaklah merupakan seorang muslim yang baik, yang shalih. Ke'solih'an tidak diukur dengan ibadah yang lazim umpama solat lima waktu dan puasa sebulan pada bulan Ramadhan sebab itu memang wajib. Namun ia diukur dengan ibadah yang sukar dilakukan, yang jarang-jarang dilakukan, yang dapat memberi isyarat tentang peranan calon apabila bergelar suami kelak.

Ibadah yang aku maksudkan ialah sikap calon suami terhadap ibubapanya, khasnya ibu. Jika anda mahukan suami yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang, maka perhatikan sikap calon suami anda terhadap ahli keluarganya. Jika beliau merupakan orang yang dipercayai oleh ibubapanya, menyayangi lagi bertanggungjawab menjaga ibubapanya serta matang membuat keputusan yang melibatkan urusan keluarganya, maka semua itu merupakan isyarat yang amat kuat bahawa beliau juga akan menjadi suami yang bagus. Ini kerana berbuat baik kepada ibubapa merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya, sekaligus menjadi alat pengukur yang tepat bagi kadar agama seseorang dan hubungannya dengan Allah s.w.t.. 

Rasulullah s.a.w. menekankan:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. 
[Shahih Sunan al-Tirmizi : 1899]

 Dalam sebuah hadis lain: 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w..
Beliau bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”  
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”  Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
 [Shahih al-Bukhari :5971 ]


Justeru di antara ibu dan bapa, calon suami kita tue hendaklah mengutamakan ibunya. Jika calon suami prihatin kepada ibunya, sentiasa sedia membantu ibunya, kerap berhubung dengan ibunya dan lazim mengeluarkan belanja untuk ibunya, bererti dia seorang anak yang solih. Jika calon suami bersikap demikian terhadap ibunya, maka ia merupakan petanda yang besar bahawa beliau juga akan bersikap demikian kepada bakal isterinya.
Sebaliknya jika calon suami mengabaikan ibubapa, masih mengharapkan penjagaan ibubapa, kerap menderhakai mereka, maka dia seorang yang memiliki kadar agama yang rendah. Lebih buruk jika calon suami berani meninggikan suara kepada ibu tetapi tidak kepada ayah, bererti dia manusia yang memandang remeh kepada wanita. Lelaki seperti ini tidak patut dijadikan calon suami kerana terdapat kemungkinan yang amat besar dia juga akan bersikap seumpama terhadap bakal isteri dan keluarganya.
________________________________________________________________________________________


Dalam rangka anda mengukur agama bakal suami, jangan lupa untuk mengukur agama diri kita sendiri. Di samping menjaga amal ibadah yang lazim umpama solat, puasa, membaca al-Qur’an, menutup aurat dan membatas interaksi dengan yang lelaki bukan mahram, jagalah juga hubungan kita dengan ibubapa. Berbuat baiklah kepada mereka, khasnya ibu. Berbuat baik bukan semata-mata untuk lulus penilaian calon suami tetapi sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. pada yang mereka tiada ibu atau bapa.. sentiasalah menghadiahkan beliau dengan surah2 agar mereka menemui ketenangan di sana.. ameen... 



sekian..fikir2kan..dan selamat beramal.. :D







Monday, September 5, 2011

Wednesday, August 24, 2011

GILA


banyak gila kerja
banyak gila masalah
lapar gila
orang yang gila
sayang gila
miskin gila
gila-gila remaja
cantik gila
makin menggila
orang gila
siapa gila?

P/S: cube jumpa cik gugel. dan search perkataan gila. apa yang korang dapat??


NOTA KAKI: biar org kata kita gila. sebab aku memang gila. muahahahhaa ^_* .

Monday, August 22, 2011

Segmen Hira: Aku reti memasak. Kau reti??



wah.. macam best jer segment di atas kan.. heheheh. ok. skrg aku nak bgtau aku pandai masak ape..
  1. aku pandai masak air. haa. masak air nie senang jer..just tadah air dari korang punya pipe air kat dapo tue..then korang rebus . bole guna cerek electrik or cerek gas. :) (mudah kan)
  2. ha.. masak megi pon aku pandai. nak2 megi slurrpp kari berapi. mudah jer..korang boleh rendamkan megi tue dgn air yang korang masak tadi. kalau nak lg best.. masak la megi tue atas dapo gas.. then tambahkan cili padi, sayur, telor dan bahan2 lain. (mudah jugak kan..)
  3. ok. selain tue, aku pandai masak nasi. masak nasi lagi senang.. cuci beras tue sebersih2nya..then korang letak la air.kalau beras tue 2pot.air tue kene la 3 pot.kalau tak pandai pakai pot, cuba pakai jari.ukur guna jari..
urm,, sebenarnya aku pandai masak yang lain gak.. mcm kari ayam,goreng telo, goreng sayo.. hahaha..tp malas je nak tunjukkan kepandaian..anyway.aku reti memasak. kau reti?

hee..^_^ .. so dah siap la segment nie..jom join ramai2.terhad pada 50 org tauu.. :D

apa yang korang nak?

kalau diberi 3 permintaan, apa yang korang nak masa hari raya?


ok. kalau aku. aku ade 3 permintaan yang aku doa.tp mmg x akan dpt.


1- nak kumpul the whole family. mak, abah, abg, akak,abg n akak ipar, anak buah. (tp confirm xkan dapat sbb abah xde.)
2- kalau xde pon, nak ada mak, abg, akak, abg n akak ipar, anak buah. (tp mcm x dpt gak sbb masg2 da ade family.smua gilir2 umah family masing2)
3- nak  duet raya macam dulu2. mmg best.dapat kumpul bnyk sgt duet raya. (tapi x dpt gak sbb aku de keje.kene kuar duit lg adelah)


-Nota kaki - Tak semua yang kita nak boleh dapat. cuma
 menghargai apa yang ada.tue dah boleh buat kita tersenyum.   

Thursday, August 18, 2011

" Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com"

mari - mari.. sapa nak duet raya dr Eyriqazz.Com


duet raya nie (sila rujuk gambar di bawah), sangat2 comel dan smart.Ini adalah Duet Raya Malaysia Siri 3.



oke. sebab die sgt2 smart dan comel. saya ingin tag mereka2 supaya dorg berpeluang macam saya ceh ceh ceh ley dapat ker . mereka yang ingin saya tag adalah: 
  1. siti noornadiyana
  2. lily
  3. keroro
harap2 dapat la kan duet ghayo nie..hehehe;)


Wednesday, August 17, 2011

macam mana nak gemuk??

berat skrg mencapai angka 39kg. 
berat dahulu 42kg. 
conclusionnya. sepanjang bulan puasa, aku dah turun 3kg.


makkk aihh.. camana nak pakai baju kebaya & baju kurung moden nie.. 


even dah minum susu  ini sila klik setiap kali sahur, tp aku berat badan still turun..


helppp..!!!~

target bulan ini: 



Tuesday, August 16, 2011

Segmen Mercun dan Bunga Api


terasa boring lagi,. so. sesi menjoin segment...hekhek.. segment kali nie bertajuk "Segment Mercun dan Bungi Api"



Dulu masa kecil, bila tiba bulan puasa aku mesti main bunga api kaler2 dengan bunga api kucing. tak lupa juga pada mercun pop.

ye la..kita kan kanak2 perempuan yg comel lg baik.so mak cakap duit tue jangan membazir. jadinya beli je lah bunga api yang murah2. takpon abah belikan. hik2..

oke.dah settle cerita pasal bunga api dan mercun.. yeayy.. dah boleh join segment.. ;)



perlu kah??

perlu kah bila kita dan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita telahpon menjadi kawan dalam facebook. dan masing2 dah ada jalan masing2.
tiba2. satu pagi, terima message yang menyatakan perkataan maaf dr beliau yang pernah hadir, dari msg tersebut  beliau menyatakan semoga apa yang berlaku dapat mematangkan diri kita. bila kita dah replay msg tersebut. dan bila ingin view page beliau. tiba2 baru perasan yang diri/ facebook kita telah di remove dr fren list beliau.

persoalannya :
1- kan ker dah bgtau apa yang berlaku dapat memantangkan diri. tapi perlu kah kita di remove dari fren list.
2- kan ke cakap perkataan maaf, sebenarnya dah ada kemaafan ke belum dr hati beliau.?
3- masing2 dah ada jalan hidup masing2, so masing2 kan dah terima jalan tersebut. dr remove kan dr fren list, sebenarnya dah terima ke belum?
4- semoga apa yang berlaku ada hikmah. ameen..

p/s: kepada beliau, saya dah bahagia dengan hidup saya. dan cahaya yang Allah berikan pada saya sudah buat saya insaf dan gembira dengan semua yang terjadi. ameen.

nota kaki: kita insan yang lemah. tak lari dari buat kesilapan.

comel

masuk bilik. bukak lampu. dan.. jeng jeng jeng.. suprisee!!~~


masih tak boleh baca? ini isi kandungan surat tersebut.
Maksu, nah danial dan iman bagi gula sebab maksu dah bagi gula buger.


dengan segera, saya ke mereka yg comel dan menciom pp nya. alangkah bahagianya dapat anak buah yg comel dan baik seperti mereka.. :)



Monday, August 15, 2011

Segmen : Aku dan Couple.!

oke.bile keje kat ofis x brapa banyak. so. blog nie jd tempat luahan. hehe..
bile digodek pelbagai blog.last2 terkeluar blog dr Mrs Yie (bru je kenal). hehe..
oke. nie syarat2 nak join dis segment.


SYARAT-SYARAT SEGMEN : -


1-  Buat satu entri yang bertajuk 'SEGMEN : AKU DAN COUPLE..!' (done)
2-  Dalam entri berkenaan letak header blog ni yang di hasilkan penuh kreatif oleh diana rashid 
dan linkkan ke entri ni..


ini headernye.


3-  Ceritakan pengalaman pertama bagaimana korang boleh terjumpa boyprem/gurlprem/suami/isteri korang tu..selitkan sekali perkara-perkara lucu sekiranya ada..masukkan sekali gambar pasangan anda..hehehe..


ALAMAK! Nie yang Malu nieh. jumpa masa ikut mmber p dating.. (zaman diploma.muda mudi di UnISel). teman member p dating. then bile balik rumah, bf mmber bg no beliau dkt awek die (mmber saya)
then berkenal2. dan kawan hampir 3 tahun. (masa tue masing2 nak kawan n jual mahal sbb masing2 ade psgn)
tahun 2008 baru la rapat balik.bermsg2 balik..then baru lah beliau cakap. jom kite cuba2 couple (haikkss?couple pon ade cuba2 ker?) hehe..bila dah cuba2 rasa mcm ngan plak.. so..until now lah hubungan tue..


gambar beliau?? alamak.. malunyee,,


kami ber2 ;)



4-  Follow blog ni kalau mahu..tiada paksaan..tapi kalau boleh follow le..hehehe.. (Done)
5-  Bila dah siap,tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen entri ni..
6-  Seperti biasa 3 entri paling menarik akan di pilih..
7-  Tutup pada hari SELASA 16/OGOS/2011 (12 MALAM) result segmen akan keluar pada pagi rabu..



Sekian.. ;) well done...!!~ hikss

maaf ye kak... :D

Nota Kaki : Tajuk Diatas Tiada Kait Mengait Dengan Entry Ini.


Apa yang Korang Rasa kalau 3 shopping korang jalan cr kasut tapi xjumpa taste kasut idaman korang. then bila jumpa. tibe2 adeq salesgirl tue cakap. "Maaf Kak, Kasut Saiz 4 tak ada. saiz 5 dan 9 je tinggal."
disebabkan kasut tue tali belakang die boleh adjust, so bila aku rasa nak ambik saiz 5, adeq salesgirl tue lg skali cakap. " Maaf kak, kasut yang display je tinggal. kasut dalam simpanan dah habis."


kasut saiz 5.


disebabkan tak ada saiz. so aku jd give up utk beli apa2. ;)


dan utk raya taun nie sebenarnya bukan utk raya , aku maybe pakai kasut lama jer..hehehe..


Friday, August 12, 2011

Ini Doodle Saya 2



p/s: kenapa doodle saya burukss sgt??
p/ss: camana nak lukis doodle pakai tudung??

saya bukan atm.

5.00pg - waktu bersahur.
lokasi: bilik tidur

Today I don't feel like doing anything I just wanna lay in my bed Don't feel like picking up my phone.~~ 
bising betul hp nie..bangun dan capai hp.. ouh. jam dah pukul 5. ha??? 6 msg.

msg per1- dr my ultraman. tak perlu la mention.malu lah. :D
msg ke2. - dr cik mya i miss her much :*
msg ke 3,4,5,6 - dr seorang rakan lama aka abg angkat.

msg per1 dan ke2 buat aku gembira dan tersengih macam kerang busuk mmg tgh busuk pon sbb tak gosok gg lagi.
tapi msg 3, 4 5, 6 buat aku rasa sgt2 marah.

msg ke 3: salam ieja..abg nak mintak tlg ieja..abg nak pinjam duit dr mak ieja RM800.ieja cakap dkt mak yang abg mr bean bin nobita bukan nama sebenar nak pinjam. lepas raya abang bayar.

msg ke 4: jgn bgtau isteri abg tau. bla bla bla.

msg ke 5: nie no akaun abg .. 1234567890 bukan nombor sebenar
               nama mr bean bin nobita bukan nama sebenar.


msg ke 6: lupa nak bgtau. nie bank negara malaysia bukan bank sebenar juga.


oke. sebabkan dah marah.baek jangan pk. kita sahur dulu..

5,45 pagi.
lokasi: dapur

dan dengan sabar dan tertib den membalas

"salam abg mr bean bin nobita bukan nama sebenar, maaflah ieja bukan tak nak bg sebenarnye memang tak nak bg. tapi ieja tak nak libatkan mak.dan sendiri tengah kumpul modal nak kawen buat bisnes kecil2.ieja tak nak susahkan mak. maaf yer.."

fuh.. dengan begitu baek baek ker den menreplay msg tu.


6.00 pagi.
lokasi: bilik tidur aka atas katil.

bunyi msg kedengaran . buat2 tak dengar sbb ngantuk.


jam 7.40 pg
lokasi: dalam kereta otw ke ofis.

buka msg dan baca.

"kawan abang telah bawa lari duit RM1000 utk buat rumah ler. tak tau dia p mana.call pon tak jawap. sebenarnya itu masalah abg. modal dah tak ada, kalau ieja boleh tolong abg."

oke. now memang aku terdiam dan tak tau nak cakap apa. memang tak mampu menolong. tapi mcam mana nak bgtau.hadoi. aku lemah bab2 ini.

saya bukan atm.tolong lah.

p/s: apa yang korang rasa kalau ada kat situasi nie.

p/ss: adakah saya nie terlalu mementingkan diri.

hadoi2.



Thursday, August 11, 2011

Ini Doodle Saya

nah. ini entry result dari malas membuat kerja hari ini.
dan hasilnya..


tadaa...

p/s: buruks kannn..

p/ss: credits to cik baek hati

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

salam Ramadhan.

mari2.. jom road tour bersama Anif Abdullah. jelajah donia dgn beliau nie.
mcm bestt takk??

meh2...

klik Banner



Nama: Faeeza

Hobi: Blogging, Game'ing, Youtube'ing, Google'ing .. dan smua benda melibatkan surfing.


Oke. Saya Ingin tag : Cik Mya ;)



p/s: saje nak try mcm cik mya pernah try b4 disz. hik2.;)

Tuesday, August 9, 2011

sape student sebenarnya??

Aku terjumpa something yang menarik utk dikongsi. Aku tau ia panjang dan mungkin ramai yang kurang gemar membacanya kerana ia dalam Bahasa Inggeris, tapi, kan elok kalau baca.coz mmg ade manfaat. ;)

A Conversation for Introduction To Philosophy students -

An A theist Professor of Philosophy was speaking to his Class on the Problem
Science has with GOD , the ALMIGHTY. He asked one of his New
Students to stand and . . .

Professor :Do you Believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.
Professor : Is GOD Good ?
Student : Sure.
Professor : Is GOD ALL - POWERFUL ?
Student : Yes.
Professor : My Brother died of Cancer even though he prayed to GOD to heal
him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn't.
How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent )

Professor : You can't answer, can you ? Let's start again, Young fella.
Is GOD Good?
Student : Yes.
Professor : Is Satan good ?
Student : No.
Professor : Where does Satan come from ?
Student : From . . . GOD . . .
Professor : That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Professor : Evil is everywhere, isn't it ? And GOD did make everything.
Correct?
Student : Yes.
Professor : So who created evil ?

(Student did not answer)

Professor : Is there Sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these
terrible things exist in the world, don't they?
Student : Yes, sir.
Professor : So, who created them ?

(Student had no answer)

Professor : Science says you have 5 senses you use to identify and observe
the world around you. Tell me, son . . . Have you ever seen GOD?
Student : No, sir.
Professor : Tell us if you have ever heard your GOD?
Student : No , sir.
Professor : Have you ever felt your GOD, tasted your GOD , smelt your GOD ?
Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Professor : Yet you still believe in HIM?
Student : Yes.
Professor : According to empirical, testable, demonstrable protocol, science
says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Professor : Yes, faith. And that is the problem science has.

Student asks and professor answers
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Professor : Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Professor : Yes.
Student : No, sir. There isn't..

(The Lecture Theatre became very quiet with this turn of events )

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega
Heat, white Heat, a little heat or no heat. But we don't have anything
called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we
can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is
only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure
cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the
absence of it.

(There was pin-drop silence in the Lecture Theatre )

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor : Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something.
You can have low light, normal light, bright light, flashing light . . but if
you have no light constantly, you have nothing and its called darkness,
isn't it? In reality, darkness isn't. If it is, you would be able
to make darkness darker, wouldn't you?

Professor : So what is the point you are making, Young Man ?
Student : Sir, my point is your Philosophical premise is
flawed.
Professor : Flawed ? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is
life and then there is death, a Good GOD and a Bad GOD. You are viewing the
concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, science
can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has
never seen, much less fully understood either one. To view death as the
opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a
substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of
it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved
from a monkey?
Professor : If you are referring to the natural evolutionary process, yes,
of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the
argument was going)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work
and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not
teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar )

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the professor's
brain?

(The class broke out into laughter)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain,
felt it, touched or smelt it? . . .No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures,sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face
unfathomable)

Professor : I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir . . . exactly ! The link between MAN & GOD is
FAITH. That is all that keeps things alive and moving.


ps: That student was Albert Einstein.

pss: Beriman Kepada Allah ;)