Wednesday, December 8, 2010

Kasih Ibu..

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.


Saturday, November 27, 2010

Abah - Emak


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Datuk Haji Manggar Bin Haniff & Datin Hajah Hasbuna Bt Mhd Zainuddin

Tuesday, November 23, 2010

Love and Faith

kdg2 kita rasa hidup kita kosong...
kdg2 kita rasa kita kurang kasih...

tapi setiap kali rasa tu melanda.. 4 5 hari kemudian.. kalau kita renung dengan hati yg tenang..
sebenarnya kita dilimpahi dengan kasih yg sgt sarat cuma in way yg kita tak nampak..

Diploma Industri Biotechnologi 2007 - Universiti Industri Selangor
Abah. Ieja. Mak

Ijazah Sarjana Muda Indusri Biotechnology 2010 - Universiti Industri Selangor
Mak. Ieja



The Love
Anhar. Ieja

The Gift ;D
C3


The Diary
Hanie. Ieja. Mai


THE SHINE OF MY LIFE
My Big Family (absent Kamil& family)


ps: all the scrow are belong to u all dat support me..
thanks to Arwah Abah, To Mak, Siblings, Ultraman & All My fwens Esp Hanie n Mya.. ;)

Sunday, October 10, 2010

sweet quato..

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan?"

mempelam yang masam

tajuk diatas x de kaitan dgn ape yg ingin disampaikan.


1) saya bukan budak berusia 10 tahun. saya sudah besar.already 25. dah suku abad pon!!
im still respect u!!~

2) my operation was done in success..
bye2 keloid!

3) frust dgn mereka yg begitu bangga bg gula2.
bile org dah suke dgn gula2 tue,tp gula2 tue xsesedap yg dibayangkan



p/s: jaga perasaan diri.jaga mental.jaga makanan.takut bentan
p/ss: kalau lah abah masih ada...


Saturday, October 2, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah..
akhirnya..beliau telah bergembira..
saya mendoakan kebahagiaan awk dan beliau.

alhamdulillah juga..
degree ku telah habis..
harapan abah telah aku tunaikan..

alhamdulillah
dengan kejayaan ultraman ku..
semoga jodoh itu milik kami...

alhamdulillah dan insyaAllah
semoga dengan dugaan yg keluargaku terima
dapat kami harung

alhamdulillah..
doaku telah Allah kabulkan..
terima kasih Allah..

alhamdulillah..
dengan segala nikmat yg diberikan



p/s: bersyukur dgn nikmatNya...

Friday, October 1, 2010

shining star at the nite sky.

my star already gone.
but
His NUR still in my heart



p/s: if i can turn back time..


p/s: Al-fatihah to abah.



Thursday, September 30, 2010

simptom2 sawan

benda2 yang bleh buat aku sawan.

lihat guitar
dengar petikan guitar
nampak si tenggiling yg bernama EgoS
tengok kedai mamak
tengok aircond
dengar nama 'ampunk'
nampak koleksi jacket2 aku
nampak baju2 kurung aku
nampak cincin.. ;(
nampak orang hantar leaflet
lihat agro bank
lihat taman permainan
lihat laptop
lihat sampah2 time buat thesis
dengar nama2 yg dikenali
dan macam2..

Wednesday, July 14, 2010

hepi besday ieja

saya rindu besday bersama abah.rindu kan ucapan beliau..

walaupon

saya heppy dengan sambutan my ultraman..

hepy dgn kek pandan itu

saya juga hepy dgn teman sesako..
dengan kek murtabak mereka..


juga hepy dgn teman toyol thoyyib..

dengan tepung mereka
walaupon membuat muka saya pedih!


saya rindu mak..

saya akan pulang utk jumpa mak

ouh..sgt rindu sama emak..

saya teringin mau jumpa anak buah saya yang terbaru..

ilham hakimi @ haneef..


ouh..
saya sayang mereka2 semua..




p/s: hepy besday kepada saya ke 25 tahun.. saya sudah capai suku abad (kata si ap)..

p/s: hari jadi without abah.. gembira didalam kesedihan dan kepiluan..

Friday, June 25, 2010

kerna ku sayang kamu..

kau hadir dan kau pergi
kau datang
dan kau lari


mereka tau
mereka sembunyi
mereka tegur
walau mereka ketahui


apa salah aku

apa salah die

atau bukan juga salah kamu


mereka cuma berkawan

aku cume menerima

dan aku tersepit
antara kamu dan diriku

aku punya prinsip yang kamu sndiri tak tau
aku cuma mau kamu tau
aku cuma sayang kamu
bukan dia atau mereka
kerana
kamu sangat berharga
dan aku susah dimengertikan kamu..
aku perlu kamu
utk hari semalam.
hari ini..
esok dan selamanya

kerana aku sayang kamu!!







p/s: kalau hati ini boleh di scan..sila scan hati saya dan lihat siapa dalam hati saya.atau mungkin hati saya sudah tiada kerana kamu sudah mengambilnya.

Wednesday, May 5, 2010

saya sedih

saya sayang die..sayang kawan2 saya..

walaupon tempat tue saya tak berapa suka

tapi tempat tue bnyk kenangan

tak lama lagi...

saya dah nak jauh dr mereka2..

saya sedih.

Saturday, April 24, 2010

saya,die,kau,anda.

saya sayang die. dan die sayang saya.
kalau dulu kau buat saya saket, dan saya da lepaskan kau.
maka kau tak perlu hadir lagi.
pergi dan saya rela.

dan kalau anda sudah lepaskan die. maka mengapa perlu hadir lagi
dan bila anda sudah lepaskan die, dan die saket, dan sekarang die sudah sembuh
dan die sudah bahagia sama saya. jadi mengapa perlu datang.

kau dan anda. tolong jangan semak kan saya dan die.
saya dan die tetap pegang sama janji yang satu
jadi
kau sila syuh!
dan anda sila nyah!

nyah dan syuh la anda jauh2. kerana ketenangan itu milik saya dan die

ps: saya rindu die...

Tuesday, April 6, 2010

stuck,stick,stock

dah lama blog aku bersawang..nampaknya labah2 dah mula ade dicelah2 kehijauan sang rimba..dan aku.. ? masih lagi di sini dengan status seorang student Unisel

semalam..sorg dr kwn aku ckp..'unisel is the first hell in the world'..dan aku terpk..hell? uish..die x seteruk hell kalau nak dibandingkan dengan rumah sewa aku..bg aku..perkataan rumahku syurgaku perlu di tukarkan dengan 'bilik ku syurgaku' setelah timbulnya anasir2 di rumah aku yang membuat aku rasa nak punch seorang yang gemuk lagi pendek.haish.

uish..berbalik pd cerita asal..status seorang student sgt memeritkan..bila minda dan otak dikawal oleh assignment2 dan thesis beserta viva aka presentation..haih..aku sgt penat dgn ini semua..umur 25 tahun masih dibelenggu dengan kehidupan seorang pelajar..demi harapan seorang yang bergelar abah dan seorang yg melahirkan aku iaitu emak, aku pasrah dan aku terima segalanya.aku lalui semuanya demi mereka2 yang aku sayangi

status seorang student memang sangat mengujakan diri aku..
saat2 kawan2 aku berkerja mengumpul harta dan menikmati segala isi dunia..aku pulak..masih di bumi shah alam dengan status seorang pelajar.betungkus lumus belajar walaupon terkadang aku tak memahami ape yang aku belajar..

aish..yang pastinya..aku akan tabah dengan cubaan menjadi seorang graduasi unisel..haish..


ps: menghitung hari utk habiskan sesi belajar..