Monday, November 26, 2012

fiance fiance. fiance.

i will be engaged with saiful anhar.
and i am very happy to be his fiance.

:)

Wednesday, September 12, 2012

syawal

some picture of Raya.
enjoy!!



cool bird. not angry ok!

ekseli dan bydeway..


ahli keluarga telah setuju dengan pilihan hati. keluarga nya telah datang ke Melaka.
alhamdulillah..semua berjalan dengan baik.
dan.. dan..dan..insyaAllah kami dalam persediaan utk bertunang. Bila??? eheem..ada lah..akan dimaklumkan bile dah jadi.. :)


ekseli dan bydeway lagi..

semenjak keluarga bertemu keluarga. hubungan kami makin rapat, dulu sedikit hambar mungkin sebab kedua2 busy dengan tugas.
dan sekarang kami makin rapat.
gembira sgt hokey.

:D alhamdulillah..
akhirnya




p/s: hubungan yang direstu pasti akan berpanjangan.insyaAllah. Restu Mak Abah Abang dan Kakak serti ahli keluarga penting untuk kebahagian berpanjangan. InsyaAllah.ameen.


Friday, March 23, 2012

burung ke. eh.angry bird lah!

dari kecik hidup tiada pilihan.
mase skola..tiada pilihan untuk ambik kelas akaun.WAJIB ambik sains
masa universiti. tiada pilihan untuk ambik course lain. WAJIB ambik biotech.
masa keje plak tiada pilihan untuk jadi R&D. WAJIB jadi sales.

sekarang nak kawen pon xde pilihan. bukan WAJIB tapo BELUM boleh kawen.
seyes. duit bukan segala2nya.


naik pangkat??

ape yang best dgn naik pangkat?
kalau t.jawap makin bertambah.
kalau keje makin berat.
kalau kita tak boleh nak jalan kan dgn baik.
akan di soal di sana.
ok. its not bout money.
tapi mampu atau tak?
aku seyes tak suka jawatan yang baru aku sandang.
tapi apa yang perlu aku cakap lagi?
tanggungjawap sebagai seorang anak. tanggungjawap sebagai seorang pekerja.
oke.
i need some oxygen.


p/s: aku tak heran la kalau pangkat aku tinggi tapi dosa aku makin bertambah. pls.aku nak jawatan aku sekarang!

Thursday, March 22, 2012

bagus sgt ke ko nie?


1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain hodoh.
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain buruk
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.
7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.





tapi



1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita berkongsi kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain. 



fikir2kan. dan selamat beramal.

Tuesday, March 20, 2012

hye budak busy!

situasi 1.


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu(sms ringtone lagu yuna)
addin: morning timah
timah: morning din
addin: buat ape.
timah: busy sikit lah din. banyak keje.
addin: ok timah 
(xde lagi reply msg dr timah)




situasi 2.
timah: din, timah dah balik kerja.
addin: oo..ye ker..penat ke hari nie timah.
timah: penat din, banyak keje kat opis tadi.
addin: oo..rehat la.sian timah
timah: timah rehat dulu ye din..
addin: ye timahku sayang..


situasi 3.
addin: timah..din da balik keje..
(timah tertdo mase terima msg addin..xde balasan dari pihak timah)




rutin berlaku sepanjang jumaat - sabtu.


**pada addin (bukan nama sebenar), maafkan lah timah(bukan nama sebenar).timah tue penat sgt keje kot,,maklumlah tidur kene 8jam sehari..wajib.. ;)







hello stalker.. ;)

assalam.
kejadian yang lama dibuka semula.
what the fishcake are you trying to say?
i cakap based on BUKTI.
nak tau bukti apa? see me n i'll explain.

alhamdulillah..
Allah masih bagi rezeki pada kami
astaghfirullah...
saya tak de baik sangat.
tapi ini maruah keluarga saya.
kami bina ia dengan kasih sayang ABAH dan MAK.

dan saya tegaskan sekali lagi.
kalau anda dah tak suka..pergi cari rezeki tempat lain.
rezeki Allah ada dimana-mana.
bumi Allah luas..

ini blog saya. kalau tak suka cara saya menulis. tak payah jadi stalker blog saya.. ;)






Monday, March 19, 2012

fakta tue sakit!


 #fakta

Kesetiaan lelaki diuji bila mereka mempunyai banyak wang. 
kesetiaan wanita pula diuji bila pasangan mereka tidak mempunyai wang.

salahkan takdir!

pernah dulu die idop dengan happy n bahagia.
tapi semua jadi berubah
selalu takdir di salahkan
tapi salahkan takdir bukan boleh undur masa depan
bagaimana nak keluar dari masalah
bagaimana nak lembutkan hati manusia
bagaimana ingin ubah nasib diri?
semuanya datang dari diri sendiri dan Allah..
kun fa ya kun..
kalau Allah cakap jadi..jadilah ia.
dan kita kene tawakkal dan tidak salahkan takdir.
ameen.

Tuesday, February 21, 2012

cintaku beralih ke Orang Kuning.!!~

hai! salam.

oke. tengok tajuk dah tau kenapa kan?
ekseli.. saya dan ultraman adalah pengguna maxis yang tegar.,
sudah dekat 5tahun saya menggunakan maxis.
tapi disebabkan masalah bil saya yang makin melambung naik.
saya jadi sakit kepala

ok.
kalau melambung tak kisah sangat.
tapi ada satu hal yang buat saya sakit jantung pula

saya ambil plan data internet 68ringgit sebulan.
dan 15hb saya dah off kan data tersebut.

tetiba 16hb dia bar talian saya,sedangkan bil tiada tunggakan tetapi unbilled account dah RM 418.90 
dah la waktu tue di kl.bz buat kerja.buat call dengan customer service.. bila call 

SAYA: saya nak buat aduan.. bla bla bla bla
OPERATOR:  maaf kene tunggu 28 hb baru kami semak penggunaan cik. tapi saya akan sambungkan semula talian cik.

then.. bila dah sambung.. alhamdulillah..saya lega sikit

2jam kemudian. kene bar balik. mmg barBI la kan.

then call lagi.

SAYA: saya nak buat aduan untuk kali ke 2 la..bla bla bla...
OPERATOR MUNI(tue name die laa): 
maaf cik..saya tak dapat nak cek.tapi untuk mempercepatkan masalah ini, saya akan masukkan cik pada data RM18.. nanti cik boleh semak selepas 2 jam. atau saya akan call cik sndiri..tapi saya tak boleh nak sambungkan talian cik kecuali cik buat bayaran.


2 jam kemudian.. masih tiada sebarang respond.

oke.saya call untuk kali terakhir. dan saya mengamuk sakan.!

then die leh cakap.. kene gak tunggu 28hb.. sangat kurang ajar dan buat aku jd makin tak sabar!

oleh yang demikian. semalam..outstation ke KL..dan saya jumpa ultraman.. bincang punya bincang. kami decide untuk beralih cinta kami ke DIGI dan kami terus ke TESCO AMPANG dan tukar ke dg..smart plan 68ringgit untuk internet..

dan saya sangat puas ati sebab saya pernah gunakan plan ini untuk broadband dan internet untuk tab saya.

so..babaii maxis. saya sayang awak.tapi awak mcm ce! dan saya terpaksa beralih cinta ini pada SI KUNING. tengkiuu orang kuning!!
KINI CHENTAKU SI ORANG KUNING!!~. 



Friday, February 3, 2012

24 jenis perempuan budget bagus!!~

ok. nie girl yang konon2 bagus. budget. poyo. aku mmg suke kutuk kalau gurl yang mcm nie.




1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril


2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..



3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..



4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam ayam kau tahu tak



5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying !



6. Kau pakai baju nampak sana sini kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa .



7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau tahan sangat pergi rumah tumpangan RM30/nett



8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu..



9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'



10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'



11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun



12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape lah perangai kau



13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang



14. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'



15. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka duck face



16. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau lah



17. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?



18. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, macam macam..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway



19. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau



20. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat tak kisah ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi jahanam hidup kau



21. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau



22. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..



23. Pakai baju sikit lagi nak nampak benda tak senonoh....konon nak bagi nampak samna sini lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak sexy... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam



24. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah lah sangat.


---------------------------------

p/s: sape yang mcm nie..harap maaf lah yer.. heee:D




sumber: busuk.org 

Tuesday, January 3, 2012

hye cik azam!!~ ;)

assalam..

masih belum lambat lagi rasanya untuk saya ucapkan happy new year..
;)

bila sebut cik new year.. mesti teringatkan encik azam.
btw... kenapa bila tahun masihi je.. mesti ramai nak berazam.
tapi kenapa tahun hijrah..tak ada sorg pon nak berazam??

kenapa?? kenapa??

okeh.. saya nie poyo.. even saya rasa macam tue..tapi saya dua2 saya berazam..
masa maal hijrah, saya berazam untuk jadi lebih baik dari dahulu. lebih solehah. lebih matang dan lebih mementingkan mereka dari dari sendiri. insyaAllah..


tapi azam tahun masihi..
apa encik azam saya?
okeh.. disebabkan bulan disember sangat2 tragis untuk hidup saya. terlalu banyak kedukaan dalam hidup.
dan disebabkan itu, prestasi kerja, kesihatan dan mental tidak berapa okeh..
so saya telahpon berazam. sempena tahun baru nie. saya nak tingkatkan prestasi kerja saya. saya nak tingkatkan kedatangan saya. (nakdatang awal. sebab thumbprint tue asik merah je kan...)
saya nak tingkatkan jualan unit bdu saya. (kalau leh la kan..insyaAllah.)
dan paling penting. saya nak berazam saya nak tingkatkan kesihatan diri mental dan fizikal.

insyaAllah..

KAWEN?? haha.. tue bukan azam saya.kalau dah jodoh tak kemana.. semoga jodoh saya dengan encik ultraman ada.. insyaAllah..
ameen..


p/s: apa azam anda??