TIMAH: Bagaimana mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup?” rakannya, memulakan perbincangan pada petang yang amat panas itu.
BEDAH: Ha! Aku teringat nasib kakak aku. Sebelum kahwin teman lelakinya menjanjikan macam-macam. Dua tiga tahun lepas kahwin dah tak nampak batang hidung. Aku tak mahu kahwin, lelaki sekarang tak boleh pakai.
LIZA: Ehh! Ada juga jenis yang balik ke rumah, tetapi hanya tonton TV, baca surat khabar dan merungut itu ini. Kalau lelaki macam itu jadi suami, memang lagi bagus tak balik rumah langsung!
TIMAH: Issy! Takkan tak ada lelaki yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang untuk kita jadikan teman hidup, untuk kita jadikan suami
LIZA: Mesti ada. Tapi jumlahnya sedikit dan sukar untuk ditemui. Kalau sekadar 'lelaki' atau jantan nie memang ada di sana sini. Namun lelaki yang memiliki ciri-ciri suami umpama yang kau cakap tu, susah nak cari.
BEDAH: Lagipun sambil kita mencari dan memilih, bagaimana kita hendak tahu selepas kahwin nanti dia akan OK, atau merudum kualitinya sebagai suami sekaligus lelaki?
__________________________________________________________________________________
Soalan nie memang sentiasa bermain2 di fikiran mereka yang bergelar perempuan . gurl. wanita dan seangkatan dengannya kan? aku pon kadang2 terpk gak..kalau aku kawen nanti..mcm mana dengan bakal suami aku si ultraman la...hehe.. kita selalu berdoa untuk kebahagiaan bila dah kawen nanti.. tapi.. nisbah kebahagiaan rumahtangga skrg nie lebih condong kepada tidak bahagia dan penceraian menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ia satu rancangan yang sukar untuk dicapai.
Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.
[Shahih al-Bukhari: 5090]
[Shahih al-Bukhari: 5090]
Walaupon hadis di atas ditujukan kepada lelaki tentang bagaimana hendak memilih calon isteri, alu rasa die juga boleh dijadikan guideline atau panduan oleh wanita mcm kita nie ttg bagaimana hendak memilih calon suami. Justeru berdasarkan hadis di atas, ciri yang perlu diberi prioriti ialah kadar dan nilai AGAMA calon suami. tapi.. macam mana nak ukur agama seseorang?? pada pendapat dan pembacaan aku la..aku nak buat sedikit sinopsis..
Agama calon suami tidak cukup sekadar Islam, tetapi hendaklah merupakan seorang muslim yang baik, yang shalih. Ke'solih'an tidak diukur dengan ibadah yang lazim umpama solat lima waktu dan puasa sebulan pada bulan Ramadhan sebab itu memang wajib. Namun ia diukur dengan ibadah yang sukar dilakukan, yang jarang-jarang dilakukan, yang dapat memberi isyarat tentang peranan calon apabila bergelar suami kelak.
Ibadah yang aku maksudkan ialah sikap calon suami terhadap ibubapanya, khasnya ibu. Jika anda mahukan suami yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang, maka perhatikan sikap calon suami anda terhadap ahli keluarganya. Jika beliau merupakan orang yang dipercayai oleh ibubapanya, menyayangi lagi bertanggungjawab menjaga ibubapanya serta matang membuat keputusan yang melibatkan urusan keluarganya, maka semua itu merupakan isyarat yang amat kuat bahawa beliau juga akan menjadi suami yang bagus. Ini kerana berbuat baik kepada ibubapa merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya, sekaligus menjadi alat pengukur yang tepat bagi kadar agama seseorang dan hubungannya dengan Allah s.w.t..
Rasulullah s.a.w. menekankan:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
[Shahih Sunan al-Tirmizi : 1899]
Dalam sebuah hadis lain:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w..
Beliau bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
[Shahih al-Bukhari :5971 ]
Justeru di antara ibu dan bapa, calon suami kita tue hendaklah mengutamakan ibunya. Jika calon suami prihatin kepada ibunya, sentiasa sedia membantu ibunya, kerap berhubung dengan ibunya dan lazim mengeluarkan belanja untuk ibunya, bererti dia seorang anak yang solih. Jika calon suami bersikap demikian terhadap ibunya, maka ia merupakan petanda yang besar bahawa beliau juga akan bersikap demikian kepada bakal isterinya.
Sebaliknya jika calon suami mengabaikan ibubapa, masih mengharapkan penjagaan ibubapa, kerap menderhakai mereka, maka dia seorang yang memiliki kadar agama yang rendah. Lebih buruk jika calon suami berani meninggikan suara kepada ibu tetapi tidak kepada ayah, bererti dia manusia yang memandang remeh kepada wanita. Lelaki seperti ini tidak patut dijadikan calon suami kerana terdapat kemungkinan yang amat besar dia juga akan bersikap seumpama terhadap bakal isteri dan keluarganya.
________________________________________________________________________________________
Dalam rangka anda mengukur agama bakal suami, jangan lupa untuk mengukur agama diri kita sendiri. Di samping menjaga amal ibadah yang lazim umpama solat, puasa, membaca al-Qur’an, menutup aurat dan membatas interaksi dengan yang lelaki bukan mahram, jagalah juga hubungan kita dengan ibubapa. Berbuat baiklah kepada mereka, khasnya ibu. Berbuat baik bukan semata-mata untuk lulus penilaian calon suami tetapi sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. pada yang mereka tiada ibu atau bapa.. sentiasalah menghadiahkan beliau dengan surah2 agar mereka menemui ketenangan di sana.. ameen...
sekian..fikir2kan..dan selamat beramal.. :D
3 comments:
sentiasa memperbaiki diri, itu yang terbaik =) dan sama samalah membimbing baik suami atau isteri =)
cik ieja, saya ada tag awak join segment comel ni.
http://sweettedy.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html
join tau... jumla memeriahkan suasana =)
btul2, tp sye pon nak kawen. haha
Post a Comment