17 April 2011 - Panggilan ke Tanah Suci. Alhamdulillah dapat juga aku menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
pandangan dari dalam kapal terbang Jeddah
berjangkit dengan hobi si Mya
Ditempatkan di hotel yang tak jauh dari Masjid Nabawi. Perasaan yang sangat-sangat gembira tak tergambar.
Sampai di Masjid Nabawi- pejalanan ke Raudhah.
kawasan luar masjid nabawi.
sebelum zuhur: ke Raudhah.
waktu nie mmg sangat2 menduga aku sebagai umat Islam. Polis perempuan yang menjaga pintu Raudhah amatlah mementingkan puak.bagi puak arab amatlah senang untuk masuk ke Raudhah. MasyaAllah.semoga Allah mengampunkan saya dengan kritikan ini.
Mak dah lepas ke Raudhah dengan selamat disebabkan mak memakai jubah warna Hitam. dan aku kekeliruan dan takut kalau mak hilang atau terjadi apa2 pada mak. aku bersama makcik-makcik yang lain menempuhi cabaran tersebut bila sampai di Raudhah. Orang-orang disitu sangatlah ramai. berasak2. sehinggakan nak solat sunat pon sangatlah susah. dan aku bersama seorang staff OK terpaksa menunaikan solat sunat di Raudhah secara berdiri. semoga Allah menerima solat kami.
Selesai di Raudhah.- sempat minum air zam2 di bekas2 yang disediakan. semasa minum dan mata melilau mencari mak, tibe2 nampak kalibat mak. Alhamdulillah.segala kegusaran dah terubat. dan kami beramai2 ke pintu no 27 untuk keluar dan berkumpul di tempat yang dijanjikan.
Berkumpul bersama Jemaah Utas dan Staff OK - di pintu Masjid Nabawi.
okey. ini cerita hari pertama di Madinah..(sbnrnye cerita x abis lg)..
ada lg cerita2 selanjutnye..tp xsempat nak mengomel..so tggu la cerita part 2 pula yerk..;)
1 comment:
hehe bejangkit amek gamba awan eh? tp siyes, amek gamba awan bikin ati tenang tau... mungkin kena bli dslr kot huhuhuiiii =p
Post a Comment