Jam 10.30 Pagi.
Otw balik rumah.tibe2 terdengar lagu bila cinta by Gio. Suddenly tringat kan Cik mya. Cerita dongeng Si Psycho dengan Gundik-gundiknya.
Jam 12 tengah hari.
Dapat Msg dari Cik Reporter ... mengenai adek kpd Mr Hot ...sedikit kerisauan pd member sorg nie.ye la.bertimpa2 problem yang datang.as a fren, hope beliau tabah menghadapinya.
after call beliau, sedikit rasa nak mencari information about Barah Tulang yang di suspect oleh doktor..
Actually, Barah tulang nie WALAUPUN tidak berada dalam carta barah, pembunuh utama di kalangan warga Malaysia, barah tulang antara penyakit yang harus diketahui kerana kebiasaannya faktor mencetuskan barah ini berpunca daripada darah yang tercemar.
Jika dilihat secara keseluruhannya, kita memiliki 206 tulang di dalam badan yang memiliki pelbagai fungsi. Pada kebiasaannya barah akan berlaku pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan.
Dari pemahaman yang aku baca dan kajian masa thesis dulu2, Kebanyakan barah tulang sebenarnya bukan barah (benign) tetapi sesetengah memang barah (malignant). Benign tumor biasanya tidak merebak ke bahagian lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup. Walaupun ia mungkin berulang tetapi boleh dibuang melalui pembedahan.
Kata Dr Ismail, barah yang bermula di dalam tulang dikenali sebagai barah tulang primary. Ia selalunya ditemui di tangan dan kaki tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian tulang di badan.
“Kanak-kanak dan golongan remaja cenderung untuk berhadapan dengan masalah ini berbanding golongan dewasa,” katanya.
Barah tulang primary dikenali sebagai sarcomas dan terdapat dalam pelbagai jenis dan terjadi di bahagian tisu tulang yang berlainan. Sarcomas yang biasa menyerang adalah osteosarcoma, Ewing’s sarcoma dan chondrosarcoma.
“Osteosarcoma adalah barah tulang yang biasa menyerang golongan muda belasan tahun dengan golongan lelaki lebih terdedah kepadanya berbanding perempuan. Ia akan terjadi di hujung tulang kerana sebagai orang muda di situlah tisu tulang baru tumbuh,” katanya.
Ewing’s sarcoma pula katanya, biasa terjadi di kalangan mereka berusia antara 10 ke 25 tahun. Ia akan bermula di tengah tulang besar seperti tulang pinggul atau tulang yang panjang di bahagian atas lengan dan paha.
Chondrosarcoma biasa terjadi di kalangan orang dewasa. Barah jenis ini terbentuk di bahagian tisu sekeliling sendi. Di kalangan golongan dewasa juga giant cell tumor mungkin boleh terjadi.
Gejala barah tulang selalunya terbentuk dalam masa yang lama kerana ia bergantung pada jenisnya, bahagian tulang yang terjejas dan saiz barah itu, rasa sakit terutama pada waktu malam dan bengkak pada tulang.
kesimpulan yang dapat aku simpulkan dari pembacaan aku jugak, apa yang perlu kita tahu adalah barah jarang terjadi di dalam tulang tetapi tidak mustahil barah boleh merebak dari tulang ke bahagian lain di dalam badan. Kesakitan adalah tanda yang kerap dikaitkan dengan barah tulang.Diagnosis barah tulang selalunya disokong dengan penemuan dari rekod perubatan dan pemeriksaan, darah, ujian x ray dan ujian patologis.
Jam 2 ptg.
Hari nie dengan tak ada mood plus saket dada plus rindu mak.aku jadi makin tak semangat nak kerja.berbekalkan gambar yang diambil mase otw balik office, so aku ke website edition dan mengedit satu gambar.walaupon x berapa ok.tp aku consider ok gak.ha3..
dan hasilnya...
Jam 4.00 Petang..
aku ke sizuka blog dan tekan ke new entry dan post dis entry..
tadaaa!!~ entry da siap.
even bored.tp hari nie penuh dengan nama2 kawan dalm fikiran aku =)
-the end-
p/s: i miss my uniselian peeps.. :)
3 comments:
wahaha... eh ko xrase mcm tgh tulis thesis ke ms tulis entri ni haa? aku fobia wessssss!!!!!
ps: hampesssss yg 1st tu bole lak tingat aku ye? cess =p
muahahah...mmg mcm thesis..tp disebabkan curious nak tau..so aku pon search gak..hu3..
ps: ape nak buat...aku rase bile tringt nie.mmg aku trigt ko n si psycho..;)
aku bace entri ni rase sedikit trauma oww.. tebayang2 thesis tersayanggg~
ahhahaa. kuajaqqq =p
Post a Comment