Wednesday, December 14, 2011

kehidupan

kehidupan.
mereka.
aku
kau
dia
gila
sayang
kawan
kerja
duit
emak
abah
abang
akak
anak buah
serabut
kongkongan
kekangan
keadaan
kerjaan
kenderaan
pekerjaan
macam macam


p/s: korang x payah pk. nie bukan tatabahasa untuk sambungkan perkataan jadi ayat..

Monday, December 12, 2011

gatal gedix

oke. saje nak bgtau. atau saje nak gedix. atau mmg aku gatal hari nie.


  MY ULTRAMAN..much n much


happy anniversary awk .. ke... 4 tahun. 3 bulan. 2 minggu.


❤..caffien & choco..

Tuesday, December 6, 2011

Astghfirullah

Assalammualaikum..

Astaghfirullah..
saya begitu teruji dan terpukul dengan apa yang terjadi semenjak dua menjak ini.
kehidupan yang begitu rumit.
dunia yang begitu pancaroba.

hidup umpama kalkulator. kadang dibahagi.kadang ditolak.kadang di tambah.tetapi masih mengeluarkan nombor.sampai masa.abis betery.matilah ia..
mereka menolak kita dari hidup.mereka menambah masalah dalam hidup.mereka membahagikan kasih.mereka mendarapkan diri antara kawan dan kehidupan.

saya cuba dan cuba menerima semua yang terjadi.tapi kuatkah saya.kehidupan ini sangat mencabar. janganlah diadu domba pada mereka. dan mereka yang kurang didikan dan pengetahuan terikut dan teruji serta membuat sesuatu yang kita tidak ketahui. dan mereka dihukum dengan kesilapan yang mereka lakukan tanpa mereka tau akibatnya. dan mereka yang menghasut terselamat. dan tersenyum kepuasan! yes!akhirnya sipolan tau aku marahkan die.terima kasih wahai mangsa!!~

saya simpati pada mereka. tetapi saya juga marah pada mereka.
mengapa dibuat begitu kalau awak tau awak ada kawan?
mengapa difikir begitu sedangkan awak masih baru dalam dunia kehidupan.?
mengapa jadi begitu sedangkan awak ada garisan keisalaman?

MasyaAllah.. semoga fitnah, kutukan, makian dan segala yang terjadi dijadikan panduan.
semoga kawan2 semua bertaubat. menemui jalan yang benar. hidup ini sementara. wahai kawan.
Tolonglah! berubah lah demi kehidupan kamu semua. Hidup memerlukan wang. tetapi jangan lah jadikan wang itu sebagai punca atau sebab kita untuk gagal.
Jadikanlah Islam sebagai pegangan dan Iman kita sebagai landasan.

Kepada si penghasut.
Tidak bersalahkah kamu kerana menghasut. Mana datangnya kewarasan serta sikap perikemanusiaan apabila hasutan kamu semua membuatkan kawan2 yang lain jadi mangsa.
Ya Allah.. berubahlah kamu. ikhlaslah dalam membuat sebarang kerja. Kesian pada mereka.

Kepada diri.
Maafkanlah diri saya kerana saya tidak mampu membuat apa2. Ini adalah pengajaran.setiap yang berlaku ada hikmah. saya terpaksa membuat ini semua untuk perbetulkan keadaan. saya bersalah.tetapi niat saya untuk membantu kalian.

Maafkan saya...

-Faeeza-

Monday, December 5, 2011

How To Reach Ikhlas??


1.   Istiqamah mengamalkan amal sunnah atau sunat walaupun sedikit.
2.  Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain.
3.  Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu, lebih-lebih lagi jika seorang Ulamak.
4.  Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa.
5.  Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu.
6.  Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat.
7.  Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW.
8.  Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai.
9.  Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.


Semoga apa yang berlaku ada hikmah..InsyaAllah marilah kita beramai2 berubah.. ameen..

Keinsafan

Assalammualaikum.

MasyaAllah.Maha suci Allah.
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam..
Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam.
dan semoga apa yang terjadi hari ini akan lebih memberikan keinsafan dalam diri kita.
hidup ini hanyalah sementara. pinjaman dari Allah untuk kita semua.
saya dengan rasa rendah diri memohan ampun dan maaf dengan segala apa yang berlaku.
semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. dan semoga kita bekerja dengan hati yang tulus mulus suci dan ikhlas,
sesungguhnya kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

saya sebagai seorang kawan. tidak dapat berbuat atau membantu anda semua
saya juga sebagai seorang kawan terkilan dengan segala tanggapan negatif yang korang tunjukkan.
saya sebagai anak kepada abah saya bersyukur kerana saya dilahirkan dengan begini.
tetapi saya sebagai rakan dan anak kepada abah saya tiada perasaan yang boleh ditunjukkan.
saya gembira, sedih, marah, terkilan dan sebak dengan segalanya.
saya harapkan adalah keinsafan yang timbul dalam diri setiap kita sebagai manusia dan umat nabi Muhammad.


saya berharap pada kalian-kalian semua semoga bertaubat dan carilah rezeki yang halal serta ikhlas lah dalam membuat sesuatu pekerjaan.
keikhlasan itu penting dalam diri.bukan sahaja untuk cari rezeki, cari ilmu serta cari jodoh.
hidup ini umpama lautan.keikhlasan itu umpama pendayung. hilang keikhlasan, sesatlah kapal, karamlah kapal dan kita akan lemas dalam lautan dunia.

SubhanaAllah. aku bersyukur dengan kehakdakmu ya Allah.semoga mereka semua mendapat iktibar.
pada rakan2 yang lain. saya mohon sejuta kemaafan. maafkan segala salah dan silap saya. dan saya maafkan segala salah silap kalian.semoga kalian bertaubat dan menemui cahaya yang baru.
ameen

salam ukhwah,
faeeza